iBINATerma Dan Syarat Program Affiliate iBINA

 

1. Umum

Terma dan Syarat (“Affiliate Agreement“) ini mengawal Program Affiliate yang disediakan oleh iBINA (“ibina.com.my“, atau “kami“). Terma dan Syarat ini mewakili keseluruhan perjanjian dan pemahaman antara iBINA dan individu atau entiti yang menyertai Program Affiliate (“Affiliate” atau “anda“).

Sila baca perjanjian ini dengan berhati-hati kerana ia merupakan perjanjian yang mengikat secara sah antara anda dan iBINA. Dengan mengemukakan permohonan anda dan menyertai Program Affiliate, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam Affiliate Agreement ini. iBINA boleh menamatkan akaun Affiliate anda pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, jika melanggar Affiliate Agreement ini, atau percubaan yang berbahaya kepada iBINA, atau untuk menjalankan aktiviti Program Affiliate yang berbahaya kepada mana-mana pihak lain.

 

2. Pengesanan Referral

Affiliate boleh membuat Referral Link sendiri untuk menyambungkan pengiklanan atau apa-apa kandungan pemasaran ke iBINA. iBINA akan mengesan pengguna yang telah melawat Referral Link ini melalui cookie yang akan tamat tempoh selepas 30 hari. Hanya pengguna yang membuat pembaharuan/pendaftaran semasa cookie masih aktif akan dikira sebagai Referral kepada Affiliate dan direkodkan di Dashboard Affiliate.

Affiliate tidak diberi kebenaran untuk mengubah suai Referral Link atau cookies dengan apa acara sekalipun. iBINA tidak bertanggungjawab bagi sebarang kesalahan dalam pengesanan atau laporan yang mungkin disebabkan oleh pengubahsuaian pada Referral Link atau cookies.

 

3. Pembayaran

Satu-satu referral akan menjadi layak untuk pembayaran (“Eligible Referral“) pada hujung bulan jika semua kriteria tersebut dipenuhi:

  • Akaun Referral kekal aktif dan dan mempunyai rekod yang baik.
  • Akaun Referral mempunyai baki minimum sebanyak RM100 dan ke atas.

Setiap satu transaksi, affiliate layak untuk mendapatkan sebanyak RM5. Caj ini mungkin akan berubah daripada masa ke semasa dan akan diberitahu kelak.

Dalam mana-mana aktiviti yang didapati mencurigakan bagi iBINA, iBINA akan menangguhkan pembayaran sehingga 6 bulan kalendar bagi mengesahkan transaksi yang relevan. Kami berhak untuk mengira semula, membatalkan pengesahan atau membatalkan kelayakan pembayaran mana-mana Referral atau Affiliate jika berlakunya penipuan, penyalahgunaan atau apa-apa aktiviti yang salah disisi undang-undang.

 

4. Pengiklanan & Kreatif

iBINA dengan ini memberikan anda satu lesen yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindahkan dan terhad utuk menggunakan logo iBINA bagi satu tujuan sahaja iaitu mempromosikan pendaftaran dan juga pembaharuan servis yang ditawarkan dalam konteks Program Affiliate. Lesen ini akan tamat tempoh apabila Affiliate membatalkan penyertaan daripada Program Affiliate ini.

Affiliate hanya boleh memaparkan pengiklanan yang mempunyai logo iBINA dengan cara yang baik. Affiliate tidak boleh menggunakan logo iBINA dengan cara yang pada pandangan iBINA, menunjukkan iBINA sebagai satu sisi yang negatif.

Affiliate akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi aktiviti pemasarannya sendiri. Semua aktiviti pemasaran mestilah profesional dan memenuhi semua undang-undang berkaitan.

iBINA boleh, tanpa notis awal, meminta Affiliate untuk membuang atau mengubah sebarang pengiklanan yang tidak bertepatan dengan syarat iBINA.

 

5. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak iBINA atau pihak Affiliate pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel.

Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika Affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

Apabila keahlian ditamatkan, Affiliate akan kehilangan akses untuk ke Dashboard Affiliate.

 

6. Pengubahsuaian

iBINA berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, Affiliate akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate iBINA.

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate iBINA menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.