Anda tidak kisah melantik kontraktor yang belum mendaftar dengan CIDB untuk menjalankan pembinaan anda?? Nak tahu kesan sekiranya anda mengupah kontraktor yang tidak berdaftar ?? Jom baca kesan dibawah!!
KESAN MENGUPAH KONTRAKTOR YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB
AKTA 520
Percaya atau tidak, hampir sebagian syarikat tidak mempunyai lesen CIDB. Dan antara sebabnya adalah kerana menganggap lessen CIDB hanyalah keperluan untuk kontraktor yang mahu masuk tender projek kerajaan sahaja.
Jadinya, kontraktor yang membina dan ubahsuai rumah persendirian atau premis kedai swasta merasakan mereka tiada keperluan untuk berdaftar dengan CIDB. Malah terdapat beberapa kes, tuan rumah hanya mampu gigit jari apabila kerja ubahsuai kediaman mereka terbengkalai. Tindakan pila tidak dapat dibuat terhadap individu yang menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat menjalankan kerja tersebut kerana tidak dapat dikesan dalam sistem pendaftaran kontraktor.
Dibawah Akta 520, Seksyen 25, mana-mana individu yang melakukan kerja-kerja kontraktor tanpa ada lesen CIDB yang sah boleh didenda dan diarah untuk hentikan kerja ubahsuai atau binaan serta merta.
Bayangkan rumah anda yang sedang dibina atau diubahsuai itu, terbengkalai bila operasi penguatkuasaan dilakukan dan didapati kontraktor anda juga tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
Di bawah Seksyen 25 (1), Tiada seorang mengaku dirinya sebagai kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan CIDB. DI bawah Seksyen 29, boleh denda RM10K hingga RM100K jika sabit kesalahan, manakala di bawah Seksyen 30, kontraktor boleh diarahkan untuk berhenti dari melakukan kerja pembinaan.
Akta 520 juga dilaksanakan untuk menawarkan kepakaran CIDB dalam industry pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pembinaan. Dalam Akta 520, kualiti dan keselataman pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.
Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran kontraktor, personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi
Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard
Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.
RUMUSAN
Sebelum satu operasi penguatkuasa bersepadu dijalankan oleh CIDB di tapak pembinaan untuk memantau penguatkuasaan akta ini ditapak, mana-mana kontraktor yang masih belum ada lessen yang sah, segeralah usahakan untuk mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB. Bagi yang sedang jalankan kerja ubahsuai dan renovasi, pastikan pula kontraktor anda ada lesen CIDB.
Dalam pematuhan industri terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi. Sebagai pemain industri, perlu ambil tahu. Mulakan dengan mengetahui undang-undang asas dalam Akta 520.
Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!
Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan. malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.
PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING
Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing. Dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.
Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.
Alamat penghantaran
Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.
UNTUK BANTUAN
Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.
Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.
Belum ada kad hijau ?
Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan. Anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.
Kad hijau CIDB merupakanakuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW)di pusat latihan.
Langkah semak kad hijau CIDB;
Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah. Nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.
Kesimpulannya ;
Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB. Personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
Your company needs CIDB’s license? But did not know how to register? Apart form CIDB’s green card registration and renewal, iBINA also provides service for CIDB’s license registration, renewal and update data of contractor registered with CIDB.
What is CIDB’s license?
CIDB’s contractor license is a declaration slip from CIDB for the contractor. Contractor who needs to do or finish any development work must enrolled as CIDB’s contractor. There are 3 kinds of certificates issued by CIDB:
PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
Perakuan Pendaftaran Kontraktor or PPK is an authentication gave to registered company according to Act 520 and regulations under it. Here, is an example of PPK certificate.
SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan or SPKK is certificate that certifies the contractor to take part in any citation of development projects by the Malaysia government according to the capabilities set. Meanwhile, the nominee in the SPKK, is an individual who is in charged to do business related with government tenders. The nominees can be any individual Malaysian citizen whether a business owner, board member, director, cooperative board member or any company employee. Here is an example of SPKK declaration:
SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)
Sijil Taraf Bumiputera or STB applications are eligible to contractor with bumiputra status proprietors only. If your company has STB, this will qualify your company to apply for a special tender issued by the government for Bumiputra-only contractor. This certificate is required when contractor want to apply for a government tender. Here, is an example of STB certificate.
CONCLUSION
CIDB’S contractor license has 3 kinds of certificates. You should enlist your company with CIDB before undertaking and finishing any construction work in Malaysia.
Now, you know the types of CIDB’s contractor license certificate. Simply fill out your application form on our website, ibina.com.my and we will process your application within 24 hours or less.
Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif. Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara daftar kontraktor seperti di bawah:
Cara Daftar Kontraktor CIDB
LANGKAH 1: LAYARI IBINA
Anda perlu melayari laman web ibina.com.my. Klik pada bahagian LESEN KONTRAKTOR CIDB.
LANGKAH 2: JENIS PERMOHONAN
Pilih jenis permohonan berdasarkan kategori syarikat masing-masing iaitu samaada kontraktor asing atau kontraktor tempatan.
LANGKAH 3: ISI BORANG PERMOHONAN
Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon yang tepat pada borang permohonan yang telah disediakan supaya pihak kami dapat menghubungi anda.
LANGKAH 4: HANTAR PERMOHONAN
Selepas anda mengisi maklumat anda di borang permohonan, anda hanya perlu klik pada kotak ” Saya bersetuju dengan terma & syarat” dan seterusnya klik “Hantar Permohonan“. Pihak iBINA akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.
Rumusan
Senang bukan? Hanya dengan 4 langkah anda boleh daftar lesen CIDB syarikat anda. Permohonan hanya mengambil masa 3-5 hari bekerja dan anda akan menerima lesen anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? Daftar kontraktor CIDB anda di iBINA sekarang. Dapatkan harga promosi dengan klik butang Whatsapp di bawah
Recent Comments