CIDB Green Card Atau Kad Hijau CIDB

CIDB Green Card Atau Kad Hijau CIDB

Jom kenali apa itu CIDB green card atau kad hijau CIDB . Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan seperti Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau dengan pusat latihan yang telah diakredit oleh CIDB. Berikut adalah contoh kad hijau CIDB :

CIDB GREEN CARD
CONTOH CIDB GREEN CARD

APA ITU KAD HIJAU

CIDB Malaysia telah memperkenalkan kad hijau CIDB yang baru yang telah dinaik taraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card CIDB programme yang telah direkabentuk untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan serta kad pintar ini mempunyai cip seakan-akan seperti kad bank di mana ianya bercirikan transaksi perdagangan dan telah berkuatkuasa bermula 15 Oktober 2019. Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapak bina atau kerja-kerja mahir wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang dinyatakan dan disenaraikan di dalam dalam Jadual Ketiga Akta 520, seksyen 33A.

Kepada semua pemegang Kad Hijau CIDB (green card) anda perlu tahu perkara ini kerana ini sangat penting. Sila ambil perhatian! Sekiranya terjadi kemalangan yang tidak diingini semasa anda sedang menjalankan kerja-kerja binaan yang menyebabkan kecacatan atau kematian, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Anda akan menerima manfaat dari kad hijau cidb (green card) sehingga RM21,000. Ramai orang tidak tahu perkara ini. Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat tuntutan antaranya ialah:

  1. Tuntutan mestilah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
  2. Pemilik yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap
  3. Kejadian berlaku semasa kad hijau CIDB (green card) masih sah laku dan umur mestilah kurang dari 70 tahun.
  4. Kejadian yang berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau telah melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.

Namun begitu, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan ke atas personel binaan tersebut, pewaris layak menerima manfaat sebanyak RM21,000 dan RM500. Jadi amatlah penting memastikan kad hijau CIDB anda masih aktif supaya apabila berlaku kejadian yang tidak diingini anda dapat menuntu hak anda

RUMUSAN

Kesimpulannya, mana-mana individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.

Sekian, terima kasih

Cara Renew CIDB Green Card (Kad Hijau) Pekerja Asing

Cara Renew CIDB Green Card (Kad Hijau) Pekerja Asing

Bukan sahaja untuk pekerja tempatan, iBINA turut menyediakan servis renew cidb green card (kad hijau) untuk pekerja asing yang berdaftar. Berikut merupakan cara renew CIDB green card (kad hijau) dengan mudah dan pantas untuk pekerja asing : 

LANGKAH 1 CARA RENEW CIDB GREEN CARD (KAD HIJAU) WARGA ASING

Layari https://ibina.com.my/ dan ia akan memaparkan laman web seperti berikut:

CARA RENEW CIDB GREEN CARD (KAD HIJAU) WARGA ASING

LANGKAH 2 

Di laman utama akan memaparkan dua pilihan untuk renew CIDB green card (kad hijau) sama ada untuk warga tempatan atau warga asing. Anda boleh klik pada butang “Mohon Sekarang”

cara renew cidb green card

LANGKAH 3

Paparan seterusnya akan memaparkan pilihan sama ada anda ingin renew cidb green card (kad hijau) untuk warga tempatan atau warga asing. Klik pada butang “Pekerja Asing”

PILIHAN RENEW CIDB GREEN CARD WARGA ASING

LANGKAH 4

Setelah klik pada butang “Pekerja Asing”, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi pada borang permohonan yang disediakan. Sila pastikan bahawa passport dan permit kerja dimuat naik.

BORANG RENEW CIDB GREEN KAD (KAD HIJAU)

BUAT BAYARAN RENEW CIDB GREEN KAD WARGA ASING

LANGKAH 5

Cara renew CIDB green card (kad hijau) yang seterusnya adalah dengan menanda pada kotak “Saya bersetuju dengan terma & syarat” setelah selesai melengkapkan butiran peribadi dan anda boleh klik pada butang “Buat bayaran” 

BUAT BAYARAN RENEW CIDB GREEN CARD

LANGKAH 6

Selesai anda menekan butang “Buat Bayaran“, anda boleh memilih untuk membuat bayaran melalui perbankan atas talian atau melalui kad kredit seperti di bawah 

TOYYIPAY CIDB GREEN CARD

LANGKAH 7

Seterusnya, anda perlu menekan butang “Proceed” untuk membuat bayaran.

 

LANGKAH 8

Setelah bayaran dilakukan resit bayaran akan diemelkan kepada anda melalui emel yang telah anda masukkan di laman bayaran sebagai bukti anda telah membuat  bayaran. 

LANGKAH 9

Permohonan anda akan diproses dalam masa 3 hari bekerja dan anda akan menerima pas sementara melalui emel menandakan bahawa cidb green card (kad hijau) anda telah diperbaharui untuk melayakkan anda memasuki tapak binaan.  

LANGKAH 10 

Kad Personel Binaan CIDB akan dipos ke alamat syarikat yang berdaftar dengan CIDB.

LANGKAH 11

Kami akan maklumkan kepada anda melalui email untuk kami membuat bayaran balik dan bayaran balik (refund) akan dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya permohonan anda tidak berjaya.

 

RUMUSAN

Mudah bukan? Ini adalah satu cara renew green card CIDB anda dengan mudah. Hanya dengan melayari www.ibina.com.my anda boleh membuat renew CIDB green card (kad hijau) untuk pekerja asing. Klik sekarang di link berikut, klik di sini.

 

Cara Renew CIDB Kad Hijau Online

Cara Renew CIDB Kad Hijau Online

Pengenalan 

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew CIDB kad hijau anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew cidb kad hijau  dengan iBINA

Cara Renew CIDB Kad Hijau

Langkah 1:  Layari iBINA

Layari laman web kami https://ibina.com.my/ dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB dan Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB. 

LAMAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 2: Pilih jenis pemegang kad hijau CIDB

Seterusnya anda akan dibawa ke laman jenis pemegang kad hijau. Klik pada bahagian “Pekerja Tempatan

PILIHAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 3: Isi maklumat di borang permohonan

Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

BORANG PERMOHONAN RENEW KAD HIJAU CIDB

 BORANG PERMOHONAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 4: Bersetuju dengan terma & syarat.

Kemudian anda perlu memilih tempoh pembaharuan dan klik pada butang ‘Saya setuju dengan terma & syarat‘. Seterusnya klik pada butang ‘Buat bayaran’.

SETUJU RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 5: Pilih jenis bayaran

7) Anda boleh memilih bayaran secara perbankan atas talian seperti di bawah. Pastikan duit dalam bank anda mencukupi untuk membuat bayaran dan semua maklumat adalah betul dan jelas. Seterusnya klik ‘procced’.

Toyyibpay Bayaran

Langkah 6: Buat bayaran.

Sekiranya anda ingin membuat bayaran secara ‘Credit/Debit Card‘, boleh klik pada bahagian sebelah ‘Online Banking’. Isi maklumat seperti nama, alamat emel dan nombor telefon. Kemudian klik ‘Pay With Card’

CC Pembayaran Renew Kad Hijau

Langkah 7: Terima pas sementara

Setelah membuat bayaran, anda akan menerima Resit Pembayaran melalui emel yang menyatakan anda sudah membuat bayaran. Permohonan renew cidb kad hijau anda akan diproses dalam masa 48 jam dan anda akan menerima pas sementara yang sah digunakan selama 6 bulan melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Contoh pas sementara yang anda akan terima: 

Langkah 8: Terima kad hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda. 

Rumusan Renew CIDB Kad Hijau

Dengan merujul artikel Cara Renew CIDB Kad Hijau ini, anda dapat perbaharui kad hijau cidb anda dengan mudag dan cepat. Jangan lupa layari laman web iBINA dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.


× Boleh kami bantu anda?