Bagi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan, syarikat tersebut perlu berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu dan memilki lesen kontraktor. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB iaitu, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).
Setiap permohonan perlu lampirkan dokumen yang diperlukan. Namun, ada juga sesetengah syarikat yang berani membuat keputusan untuk memalsukan dokumen bagi pendaftaran kontraktor CIDB. Terdapat banyak kesan bila kemukakan maklumat palsu untuk lesen kontraktor anda.
Kesalahan kontraktor yang mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa membuat permohonan akan dikenakan tindakan tegas oleh CIDB.
KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU PADA LESEN KONTRAKTOR
Adakah anda tahu kesan keatas syarikat sekiranya kemukan dokumen palsu?
Antara kesannya adalah lesen kontraktor syarikat akan dibatalkan dan digantung serta merta.
CIDB turut mengeluarkan amaran kepada kontraktor untuk tidak melakukan kesalahan yang ini. Sekiranya syarikat membuat perbuatan tersebut syarikat telah melanggar Akta 520 dan peraturan-peraturan di bawahnya semasa akan datang. Kesalahan ini membabitkan Seksyen 34B (1) (a). Iaitu kegagalan kontraktor memberitahu dan mengemukakan maklumat serta dokumen berhubung kerja pembinaan sama ada baru atau sebaliknya.
CIDB juga memberi amaran keras kepada mana-mana kontraktor dan personel binaan yang nekad mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa berurusan akan diambil tindakan tegas. CIDB tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana pemalsuan dokumen dan penipuan kerana Tindakan sedemikian jelas merupakan tindakan jenayah.
RUMUSAN
Kesimpulan, CIDB mengingatkan kontraktor dan personel binaan untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikemukakan kerana CIDB sentiasa menjalankan audit dari masa ke semasa. Pastikan anda tidak mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan. Hal ini kerana, sekiranya CIDB mengenalpasti tindakan tersebut, ia akan memberikan kesan yang besar kepada syarikat anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan lesen kontraktor CIDB, anda harus merujuk terus laman web kami atau Whatsapp kami sekarang 011-16157102 untuk mendapatkan maklumat yang paling terkini dan urusan pembaharuan secara atas talian sahaja .
Ingin memiliki lesen CIDB atau tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk daftar? Selain daripada renew CIDB green card (kad hijau), pihak iBINA juga ada menyediakan servis pendaftaran dan pembaharuan lesen CIDB. Tapi sebelum itu, jom kita kenali dengan lebih mendalam apa itu lesen CIDB.
APA ITU LESEN CIDB?
Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor. Antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB
JENIS-JENIS SIJIL KONTRAKTOR CIDB
1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK.
2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)
Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia. Samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun.
3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan. RUMUSAN
Lesen cidb mempunyai 3 jenis sijil dan anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB sekiranya anda ingin menyertai projek-projek pembinaan. Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis sijil lesen cidb. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami www.ibina.com.my dan pihak kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24jam sahaja
Recent Comments