Daftar Kontraktor

Daftar Kontraktor

daftar kontraktorLesen CIDB (Kontraktor)

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif. Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara daftar kontraktor seperti di bawah:

Cara Daftar Kontraktor CIDB

Langkah 1 : Layari iBINA

Anda perlu layari laman web iBINA. Pada bahagian “Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB”, klik pada butang “Mohon Sekarang“.

cara daftar kontraktor

Langkah 2 : Isi borang permohonan

Anda akan dibawa ke laman Borang Permohonan. Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon yang tepat pada borang permohonan yang telah disediakan supaya pihak kami dapat menghubungi anda.

Langkah 3 : Hantar permohonan daftar kontraktor CIDB.

Selepas anda mengisi maklumat anda di borang permohonan, anda hanya perlu klik pada kotak

Rumusan

Senang bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh renew lesen CIDB anda. Permohonan hanya mengambil masa 3-5 hari bekerja dan anda akan menerima lesen yang baharu anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? daftar kontraktor CIDB anda di iBINA sekarang. Dapatkan harga promosi dengan klik butang Whatsapp di bawah

 

Whatsapp Kami Sekarang
How To Apply CIDB License Online

How To Apply CIDB License Online

CIDB License

Introduction

Effective on 20 July 1995, all local or foreign contractors company must register with Construction Industry Development Board (CIDB) under Section 25 of Act 520 (Amendment 2011) before undertaking and completing any construction work in Malaysia unless they granted an exemption under Section 40 (1) of the Construction Industry Development Board of Malaysia Act 1994 (Act 520). This license is renewable and available for a period of a minimum of one year to three years. Applicant companies will need to pay a certain fee when applying for the construction license according to the grades of CIDB variation. A contractor is not allowed to execute any construction works outside his registered category. If you wish to start a construction projects and bussiness, you need to apply for CIDB lisence.

How to apply CIDB license

Step 1 : Link to iBINA to apply CIDB License

Go to iBINA website and then click at “Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB” and “Mohon Sekarang

Step 1 how to apply CIDB license

Step 2 : Fill in the form

Next, you need to fill in all the details of company name, applicant name, phone number, email, type of application, gred and registration period. Please be make sure that all the details are correct.

CIDB License form

Step 3 : Submit application to apply CIDB license

After fill in all the details, click at the “I agree with the terms & conditions” before proceed to “Hantar Pemohonan”. iBINA team will contact you in 24 hours. You just need to prepare some documents that requested by our team and your application will be process.

Conclusion

Easy right? Just with 3 steps you now can apply for CIDB license. iBINA team will guide you and you will received your CIDB license through your registered email in 5-7 days of working days depend on CIDB. Get the special price now by submitting your details through application form or just click Whatsapp button below

Whatsapp Us Now

 

Daftar Kontraktor

Cara Renew Lesen CIDB (Kontraktor)

Cara Renew Lesen CIDB Lesen CIDB (Kontraktor)

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan dan telah diberi mandat bagi menjalankan sesesuatu kerja berbentuk projek atau pembekalan kepada pihak yang menawarkan kerja yang dipanggil pemilik/owner/client. Mandat ini berbentuk surat tawaran atau lebih dikenali Letter Offer (L.O) di kalangan kontraktor. Surat tawaran diberikan kepada kontraktor yang memenangi sesuatu tender/sebutharga .Pemilik selalunya terdiri daripada pihak kerajaan , badan berkanun atau pihak swasta yang mahu mengadakan sesuatu kerja/projek dan memerlukan kepakaran tertentu bagi melaksanakannya. Bagi tujuan ini pemilik akan mengeluarkan tender/sebutharga dan memanggil kontraktor-kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut. Namun begitu, untuk memenangi sesuatu tender, kontraktor perlulah memastikan lesen CIDB masih aktif. Sekiranya lesen CIDB kontraktor anda telah tamat tempoh, anda boleh rujuk cara renew lesen CIDB (kontraktor) seperti di bawah:

Cara renew lesen CIDB (Kontraktor)

Langkah 1 : Layari iBINA

Anda perlu layari laman web iBINA. Pada bahagian “Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB”, klik pada butang “Mohon Sekarang“.

Langkah 2 : Isi borang permohonan

Anda akan dibawa ke laman Borang Permohonan. Sila isikan butiran maklumat syarikat dan pemohon yang tepat pada borang permohonan yang telah disediakan supaya pihak kami dapat menghubungi anda.

Langkah 3 : Hantar permohonan renew lesen CIDB kontraktor

Selepas anda mengisi maklumat anda di borang permohonan, anda hanya perlu klik pada kotak

Rumusan

Senang bukan? Hanya dengan 3 langkah anda boleh renew lesen CIDB anda. Permohonan hanya mengambil masa 3-5 hari bekerja dan anda akan menerima lesen anda melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Tunggu apa lagi? Renew dan daftar lesen CIDB anda di iBINA sekarang. Dapatkan harga promosi dengan klik butang Whatsapp di bawah

 

Whatsapp Kami Sekarang
CIDB Malaysia , Siapa Sebenarnya?

CIDB Malaysia , Siapa Sebenarnya?

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia dan bertanggungjawab dalam mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Objektif CIDB Malaysia

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi CIDB

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu, pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau) untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja- kerja pembinaan. Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB Malaysia juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik serta perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB Malaysia supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja mahir di Malaysia. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran, pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di https://ibina.com.my/

 

 

Apa Itu Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor?

Apa Itu Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor?

Ingin memiliki lesen CIDB atau tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk daftar? Selain daripada renew CIDB green card (kad hijau), pihak iBINA juga ada menyediakan servis pendaftaran dan pembaharuan lesen CIDB. Tapi sebelum itu, jom kita kenali dengan lebih mendalam apa itu lesen CIDB.

APA ITU LESEN CIDB?

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

JENIS-JENIS SIJIL KONTRAKTOR CIDB 

1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)  Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK. Lesen CIDB Perakuan Pendaftaran Kontraktor

2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)  Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun. Sijil lesen CIDB SPKK

3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)  Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan. Lesen CIDB STB RUMUSAN Lesen cidb mempunyai 3 jenis sijil dan anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB sekiranya anda ingin menyertai projek-projek pembinaan. Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis sijil lesen cidb. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami www.ibina.com.my dan pihak kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24jam sahaja.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh klik pada butang di bawah

Whatsapp Kami Sekarang

× Boleh kami bantu anda?