Apa Itu SCORE Kontraktor ?

Apa Itu SCORE Kontraktor ?

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang  di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus. Sebuah sistem atau kaedah yang digunakan oleh banyak syarikat atau organisasi untuk menilai prestasi kontraktor atau pembekal mereka. Tujuan SCORE adalah untuk mengukur sejauh mana pembina atau pembekal memenuhi kriteria prestasi tertentu. Seperti kualiti kerja, pematuhan kepada jadual, pematuhan belanjawan, keselamatan, kemampanan dan aspek lain yang berkaitan dengan projek atau perkhidmatan yang disediakan.

Program yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia. Atas tujaun bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. Bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.

Permohonan SCORE ini terbuka kepada gred G2-G7 yang telah berdaftar dengan CIDB dan masih di dalam tempoh sahlaku pendaftarannya dan tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak CIDB.

OBJEKTIF SCORE

  • Untuk memberi pengiktirafan kepada yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berkembang
  • Untuk mengenalpasti jurang dalam prestasi dan membantu dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan sesebuah syarikat.
  • Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan
  • Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan syarikat yang berkaliber dan berwibawa
score kontraktor

KAEDAH PENILAIAN

Melalui program SCORE ini, syarikat akan dinilai keupayaan berdasarkan 7 parameter seperti berikut :

  • Prestasi Perniagaan
  • Keupayaan Kewangan
  • Keupayaan Teknikal
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Perolehan
  • Amalan Terbaik
  • Keupayaan Pengurusan

RUMUSAN

Sistem SCORE ini boleh membentuk penilaian berasaskan skala, laporan prestasi berkala, atau juga mesyuarat penilaian secara bersemuka antara syarikat dan kontraktor. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam projek atau perkhidmatan bekerja dengan berkesan untuk mencapai hasil yang diinginkan dengan lebih produktif.

Jadi, setiap kontraktor perlulah meningkatkan keupayaan syarikat dari segi kewangan dan pengurusan bagi mendapatkan bintang yang tinggi.

Anda belum mempunyai sijil SCORE untuk syarikat anda ? Hubungi kami segera untuk memohon dengan mudah dengan hanya secara atas talian sahaja.

SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAFTAR KAD CIDB ?

SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAFTAR KAD CIDB ?

SIAPA LAYAK UNTUK MENDAFTAR KAD CIDB

Kad hijau merupakan akuan yang perlu di daftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Siapa yang perlu daftar untuk mendapatkan kad hijau CIDB?

Kad hijau CIDB perlu di daftar kepada mana-mana individu yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Berapakah maksimum umur bagi personel binaan untuk mendaftar?

Personel binaan akan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB. 

Berapakah umur membolehkan personel mendaftar?

  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas

Apakah syarat yang perlu di patuhi selain yang di atas?

  • Memiliki dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Passport dan Permit Kerja)
  • Memiliki Kad OGSP
  • Melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB

Terma Pendaftaran

1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB. Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.

2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.

3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.

4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

Tempoh Pendaftaran

1. Kad Pengenalan Malaysia:
a)  Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
b)  Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.

2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.

3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.

UNTUK BANTUAN

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan

JENIS-JENIS KATEGORI KERJA PADA KAD CIDB

JENIS-JENIS KATEGORI KERJA PADA KAD CIDB

Bagaimana untuk kemaskini tred pekerjaan di dalam sistem? Berapakah jenis kategori kerja yang ada untuk kad CIDB? Bolehkah saya kemaskini tred pekerjaan saya dari pelatih binaan kepada pekerja binaan am?. Berikut merupakan persoalan-persoalan yang sering di tanya oleh personel-personel binaan kepada kami di ibina.com.my.

Terdapat 7 jenis kategori kerja yang boleh di kemaskini ke dalam sistem dan mengunakkan kad CIDB. Antaranya termasuklah pelatih binaan sama ada dari pusat pengajian atau industri pembinaan yang mendapat pengiktirafan. Kedua adalah pekerja binaan am di mana bagi kategori kerja ini bagi personel yang tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran atau akademik yang khusus. Kemudian, bagi personel pentadbiran pula adalah untuk individu yang mempunyai sijil akademik yang berkaitan.

Selain itu,

Bagi pekerja binaan mahir dan pekerja binaan separa mahir  pula akan di nilai berdasarkan sijil kemahiran yang mereka ada. Untuk makluman bagi pekerjaan binaan mahir, tred kemahiran merupakan tred yang tidak tersenarai di Jadual Ketiga, AKTA 520 manakala pekerja binaan mahir merupakan tred kemahiran yang tersenarai di  Jadual Ketiga, AKTA 520. Berikut merupakan antara senarai Jadual Ketiga antaranya jurubagas dan jurucat, pakar penyaman udara dan pengudaraan mekanikal, pemasang dinding, pemasang siling, jurugegas petrokimia dan banyak lagi. Jumlah tred kemahiran yang tersenarai merupakan 25 jenis. Untuk semakan lanjut boleh klik di link berikut untuk semakan JADUAL KETIGA, AKTA 520

Seterusnya,

Untuk Penyelia Tapak perlu mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Site Supervisor bagi membolehkan individu mendapat tred sebagai penyelia tapak binaan. Akhir sekali adalah pengurus projek binaan. Bagi individu yang ini mengemaskini kepada pengurus projek binaan mestilah mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Project Manager untuk membolehkan tred yang diingini dan diktiraf sebagai layak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan. Anda boleh hubungi pegawai kami dengan segera di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan

Nota: Kategori pekerjaan diberikan berdasarkan kelayakan akademik dan kemahiran yang tertinggi

KAD CIDB PEKERJA ASING

KAD CIDB PEKERJA ASING

CIDB PEKERJA ASING

cidb pekerja asing

Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan. malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.

PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING

Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing. Dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.

  • Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
  • Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
  • Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.

Alamat penghantaran

Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.

UNTUK BANTUAN

Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.

Semak Status Kad Hijau CIDB

Semak Status Kad Hijau CIDB

Status kad hijau ?

Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.

Belum ada kad hijau ?

Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan. Anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.

Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

status kad hijau

Langkah semak kad hijau CIDB;

  1. Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
  2. Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
  3. Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah. Nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.

Kesimpulannya ;

  • Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB. Personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
  • Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
× Boleh kami bantu anda?