Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus. Sebuah sistem atau kaedah yang digunakan oleh banyak syarikat atau organisasi untuk menilai prestasi kontraktor atau pembekal mereka. Tujuan SCORE adalah untuk mengukur sejauh mana pembina atau pembekal memenuhi kriteria prestasi tertentu. Seperti kualiti kerja, pematuhan kepada jadual, pematuhan belanjawan, keselamatan, kemampanan dan aspek lain yang berkaitan dengan projek atau perkhidmatan yang disediakan.
Program yang dibangunkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia. Atas tujaun bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. Bersesuaian dengan teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
Permohonan SCORE ini terbuka kepada gred G2-G7 yang telah berdaftar dengan CIDB dan masih di dalam tempoh sahlaku pendaftarannya dan tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak CIDB.
OBJEKTIFSCORE
Untuk memberi pengiktirafan kepada yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berkembang
Untuk mengenalpasti jurang dalam prestasi dan membantu dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan sesebuah syarikat.
Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan
Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan syarikat yang berkaliber dan berwibawa
KAEDAH PENILAIAN
Melalui program SCORE ini, syarikat akan dinilai keupayaan berdasarkan 7 parameter seperti berikut :
Prestasi Perniagaan
Keupayaan Kewangan
Keupayaan Teknikal
Pengurusan Projek
Pengurusan Perolehan
Amalan Terbaik
Keupayaan Pengurusan
RUMUSAN
Sistem SCORE ini boleh membentuk penilaian berasaskan skala, laporan prestasi berkala, atau juga mesyuarat penilaian secara bersemuka antara syarikat dan kontraktor. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam projek atau perkhidmatan bekerja dengan berkesan untuk mencapai hasil yang diinginkan dengan lebih produktif.
Jadi, setiap kontraktor perlulah meningkatkan keupayaan syarikat dari segi kewangan dan pengurusan bagi mendapatkan bintang yang tinggi.
Anda belum mempunyai sijil SCORE untuk syarikat anda ? Hubungi kami segera untuk memohon dengan mudah dengan hanya secara atas talian sahaja.
For all workers and contractors that involved in construction need to register with CIDB as Construction Personnel by having a CIDB green card. If you already have a green card but it has expired, you need to renew your CIDB green card if an accident occurs at the construction site while working, you are eligible to receive coverage under the CIDB Group Construction Personnel Takaful Plan. Here’s a few step on how to apply green card for local and foreigner worker .
Next, you need to fill in the details of green card CIDB holder. Company details and the beneficiary also attach passport & permit active. Please be make sure that all the details are correct before proceed to the payment click “BUAT BAYARAN“
Step 4: Made payment using online banking and click “PAY”
Step 5: Received temporary pass.
After payment was made, you will receive transaction receipt through email. The temporary pass will be emailed to you within 48 working hours depends in system and the green card CIDB will be posted to your address in 14-21 of working days depends on cidb hq.
Kad hijau merupakan akuan yang perlu di daftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Siapa yang perlu daftar untuk mendapatkan kad hijau CIDB?
Kad hijau CIDB perlu di daftar kepada mana-mana individu yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.
Berapakah maksimum umur bagi personel binaan untuk mendaftar?
Personel binaan akan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Berapakah umur membolehkan personel mendaftar?
Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas
Apakah syarat yang perlu di patuhi selain yang di atas?
Memiliki dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Passport dan Permit Kerja)
1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB. Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.
2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.
3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.
4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.
Tempoh Pendaftaran
1. Kad Pengenalan Malaysia: a) Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan. b) Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP): Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
3. IMM13P Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
UNTUK BANTUAN
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan
Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan. malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.
PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING
Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing. Dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.
Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.
Alamat penghantaran
Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.
UNTUK BANTUAN
Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.
Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.
Belum ada kad hijau ?
Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan. Anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.
Kad hijau CIDB merupakanakuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW)di pusat latihan.
Langkah semak kad hijau CIDB;
Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah. Nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.
Kesimpulannya ;
Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB. Personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
Recent Comments