KAD CIDB PEKERJA ASING

KAD CIDB PEKERJA ASING

CIDB PEKERJA ASING

cidb pekerja asing

Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan. malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.

PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING

Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing. Dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.

  • Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
  • Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
  • Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.

Alamat penghantaran

Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.

UNTUK BANTUAN

Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.

Semak Status Kad Hijau CIDB

Semak Status Kad Hijau CIDB

Status kad hijau ?

Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.

Belum ada kad hijau ?

Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan. Anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.

Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

status kad hijau

Langkah semak kad hijau CIDB;

  1. Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
  2. Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
  3. Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah. Nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.

Kesimpulannya ;

  • Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB. Personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
  • Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
× Boleh kami bantu anda?