CIDB Malaysia , Siapa Sebenarnya?
Disediakan oleh: Administrator

CIDB Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Ia bertanggungjawab dalam mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global. Selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Objektif CIDB Malaysia

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktivit. Perkara ini boleh dicapai dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi CIDB

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu, pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau). Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB Malaysia juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap. Sama ada, keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik. Selain itu fokus kepada perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB Malaysia supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja mahir di Malaysia. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran, pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di https://ibina.com.my/

2 Comments

  1. Ir. Zainol Abidin

    If my company only provides electrical competency/consultancy services related to Act 447 of the Malaysian Law, to other construction companies, does my company still requires to register with CIDB?

    Reply
    • Administrator

      For help, you may contact us at 01116157102. We will guide you

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 50 = 59

Artikel Lain

KONTRAKTOR ASING

KONTRAKTOR ASING

Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi...

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD Tahukah anda? CCD telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan...

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?

× Boleh kami bantu anda?