CARA RENEW CIDB KAD HIJAU ONLINE
Disediakan oleh: Administrator

Pengenalan 

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew CIDB kad hijau anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew cidb kad hijau  dengan iBINA

Cara Renew CIDB Kad Hijau

Langkah 1:  Layari iBINA

Layari laman web kami https://ibina.com.my/ dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB dan Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB. 

LAMAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 2: Pilih jenis pemegang kad hijau CIDB

Seterusnya anda akan dibawa ke laman jenis pemegang kad hijau. Klik pada bahagian “Pekerja Tempatan

PILIHAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 3: Isi maklumat di borang permohonan

Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

BORANG PERMOHONAN RENEW KAD HIJAU CIDB

 BORANG PERMOHONAN RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 4: Bersetuju dengan terma & syarat.

Kemudian anda perlu memilih tempoh pembaharuan dan klik pada butang ‘Saya setuju dengan terma & syarat‘. Seterusnya klik pada butang ‘Buat bayaran’.

SETUJU RENEW KAD HIJAU CIDB

Langkah 5: Pilih jenis bayaran

7) Anda boleh memilih bayaran secara perbankan atas talian seperti di bawah. Pastikan duit dalam bank anda mencukupi untuk membuat bayaran dan semua maklumat adalah betul dan jelas. Seterusnya klik ‘procced’.

Toyyibpay Bayaran

Langkah 6: Buat bayaran.

Sekiranya anda ingin membuat bayaran secara ‘Credit/Debit Card‘, boleh klik pada bahagian sebelah ‘Online Banking’. Isi maklumat seperti nama, alamat emel dan nombor telefon. Kemudian klik ‘Pay With Card’

CC Pembayaran Renew Kad Hijau

Langkah 7: Terima pas sementara

Setelah membuat bayaran, anda akan menerima Resit Pembayaran melalui emel yang menyatakan anda sudah membuat bayaran. Permohonan renew cidb kad hijau anda akan diproses dalam masa 48 jam dan anda akan menerima pas sementara yang sah digunakan selama 6 bulan melalui emel yang telah diisi semasa membuat permohonan. Contoh pas sementara yang anda akan terima: 

Langkah 8: Terima kad hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda. 

Rumusan Renew CIDB Kad Hijau

Dengan merujul artikel Cara Renew CIDB Kad Hijau ini, anda dapat perbaharui kad hijau cidb anda dengan mudag dan cepat. Jangan lupa layari laman web iBINA dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.


7 Comments

  1. JEFFERSON ANAK JAMIT

    Berapa lama kena tunggu kad cidb siap??

    Reply
    • Administrator

      Kebiasaanya dalam masa 14-21 hari bekerja sahaja.

      Reply
      • Samsul

        Untuk pekerja telekommunikasi..pada card akan mention Personel binaan juga? Atau ada kategori?

        Reply
        • Administrator

          Untuk makluman, kategori yang dipaparkan pada kad hijau CIDB anda adalah berdasarkan pada sijil akademik/kemahiran yang anda ada.

          Reply
      • JEFFERSON ANAK JAMIT

        Sya punya dh lbih 3 mnggu,,blom smpai pun??

        Reply
  2. Donny Ng

    saya punya cidb sudah expired lama, lebih 10 tahun, masih boleh renew ? Bagaimana boleh tahu kad hijau masih boleh renew setelah expired ?

    Reply
    • Administrator

      Untuk bantuan, sila whatsapp atau hubungi kami pada talian 01116107119.

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?