Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi pendaftaran kontraktor asing bagi menambahbaik proses pendaftaran kontraktor yang sah di Malaysia.

Oleh itu, mana-mana kontraktor asing yang sedang menjalankan atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor di Malaysia perlulah mendapatkan perakuan pendaftaran yang sah dengan CIDB terlebih dahulu.
Pendaftaran kontraktor sekarang agak berbeza berbanding sebelum ini. Syarat pendaftaran agak mudah berbanding sebelum ini. Sekiranya kontraktor ingin mendapatkan PPKA, kontraktor tersebut boleh sahaja memohon sahaja dahulu tanpa perlu melampirkan dokumen penganugerahan projek. Berbanding dengan sebelum ini, sekiranya kontraktor ingin mendaftar, kontraktor perlu mendapatkan penganugerahan projek terlebih dahulu.
Syarat utama bagi memohon lesen kontraktor adalah, syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran terbuka kepada pemohon yang mempunyai syarikat sahaja. Sekiranya anda belum mempunyai syarikat, anda perlulah syarikat anda berdaftar dengan SSM terlebih dahulu.
Syarikat yang mempunyai pegangan ekuiti asing lebih tiga puluh peratus (30%) dan ke atas wajib memohon sebagai kontraktor asing.
Selain itu, syarikat yang ingin mendaftar perlulah mempunyai modal yang cukup berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan kontraktor asing?
Whatsapp kami sekarang 011-16157102
0 Comments