KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU
Disediakan oleh: Administrator

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU- Bagi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan, syarikat tersebut perlu berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB iaitu, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).  Setiap permohonan perlu lampirkan dokumen yang diperlukan.

Namun, ada juga sesetengah syarikat yang berani membuat keputusan untuk memalsukan dokumen bagi pendaftaran kontraktor CIDB.

Kesalahan kontraktor yang mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa membuat permohonan akan dikenakan tindakan tegas oleh CIDB.

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU

Adakah anda tahu kesan keatas syarikat sekiranya kemukan dokumen palsu?

Antara kesannya adalah lesen kontraktor syarikat akan dibatalkan dan digantung serta merta.

CIDB turut mengeluarkan amaran kepada kontraktor untuk tidak melakukan kesalahan yang ini. Sekiranya syarikat membuat perbuatan tersebut syarikat telah melanggar Akta 520 dan peraturan-peraturan di bawahnya semasa akan datang. Kesalahan ini membabitkan Seksyen 34B (1) (a). Iaitu kegagalan kontraktor memberitahu dan mengemukakan maklumat serta dokumen berhubung kerja pembinaan sama ada baru atau sebaliknya.

CIDB juga memberi amaran keras kepada mana-mana kontraktor dan personel binaan yang nekad mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa berurusan akan diambil tindakan tegas. CIDB tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana pemalsuan dokumen dan penipuan kerana Tindakan sedemikian jelas merupakan tindakan jenayah.

RUMUSAN

Kesimpulan, CIDB mengingatkan kontraktor dan personel binaan untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikemukakan kerana CIDB sentiasa menjalankan audit dari masa ke semasa. Pastikan anda tidak mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan. Hal ini kerana, sekiranya CIDB mengenalpasti tindakan tersebut, ia akan memberikan kesan yang besar kepada syarikat anda.

Anda berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan lesen kontraktor CIDB? Hubungi kami sekarang di 011-1615 7102

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 79 = 82

Artikel Lain

KONTRAKTOR ASING

KONTRAKTOR ASING

Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi...

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD Tahukah anda? CCD telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan...

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Seperti yang anda ketahui, setiap kontarktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan pembinaan...

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?

× Boleh kami bantu anda?