Isi Kandungan
Jom kenali apa itu CIDB green card atau kad hijau CIDB . Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan seperti Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau dengan pusat latihan yang telah diakredit oleh CIDB. Berikut adalah contoh kad hijau CIDB :
APA ITU KAD HIJAU
CIDB Malaysia telah memperkenalkan kad hijau CIDB yang baru yang telah dinaik taraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card CIDB programme yang telah direkabentuk untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan serta kad pintar ini mempunyai cip seakan-akan seperti kad bank di mana ianya bercirikan transaksi perdagangan dan telah berkuatkuasa bermula 15 Oktober 2019. Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapak bina atau kerja-kerja mahir wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang dinyatakan dan disenaraikan di dalam dalam Jadual Ketiga Akta 520, seksyen 33A.
Kepada semua pemegang Kad Hijau CIDB (green card) anda perlu tahu perkara ini kerana ini sangat penting. Sila ambil perhatian! Sekiranya terjadi kemalangan yang tidak diingini semasa anda sedang menjalankan kerja-kerja binaan yang menyebabkan kecacatan atau kematian, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Anda akan menerima manfaat dari kad hijau cidb (green card) sehingga RM21,000. Ramai orang tidak tahu perkara ini. Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat tuntutan antaranya ialah:
- Tuntutan mestilah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
- Pemilik yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap
- Kejadian berlaku semasa kad hijau CIDB (green card) masih sah laku dan umur mestilah kurang dari 70 tahun.
- Kejadian yang berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau telah melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.
Namun begitu, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan ke atas personel binaan tersebut, pewaris layak menerima manfaat sebanyak RM21,000 dan RM500. Jadi amatlah penting memastikan kad hijau CIDB anda masih aktif supaya apabila berlaku kejadian yang tidak diingini anda dapat menuntu hak anda
RUMUSAN
Kesimpulannya, mana-mana individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan dalam industri Gas & Minyak perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
Sekian, terima kasih
Terima kasih CIDB. Saya telahpun menerima Kad Hijau yang terbaru. Rekabentuk Kad Hijau nampak canggih. Nampak ada tulis pre paid.
Mohon pencerahan perkara dan cara-cara penggunaan.
Terima kasih tuan
Assalamualaikum mau tanya mcm suami saya ada kad ni kerja binaan dulu tp dah berhenti kerja kad masih aktif LG..JD kalau kad tu mati luput nanti adakah dia boleh sambung dan masih boleh guna LG sekiranya TDK bekerja dlm sektor binaan
Waalaikumussalam cik. Kad CIDB yang dah expired masih boleh diperbaharui macam biasa.
Professional Engineer di beri pengecualian daripada keperluan green card.. boleh share dokumen berkaitan pengecualian ini? TQ
Selamat petang Tuan.
Nak tanya soalan..
Saya telah menghadiri kursus OSHC dan sekarang masih lagi aktif sbg orang yang kompetan berdaftar under JKKP. Perlu tak saya memiliki Kad Hijau, kalau ya bagaimana Cara mohon..
Hai selamat petang. encik wajib memiliki kad hijau sekiranya encik terlibat dengan pembinaan. Untuk mohon kad hijau boleh hubungi atau whatsapp kami pada talian 01116107119.
terima kasih cidb. saya dah terima kad baru saya. namun, perlu penjelasan kegunaan kad chip terbaru ni. terima kasih
Cidb salah alamat kad belum sampai sampai dimana saya boleh tuntut kad .?
Untuk bantuan boleh hubungi CIDB careline pada talian 03-55673300
Assalamualaikum. Apa beza CIDB pekerja dengan CIDB company? Sekiranya untuk renovation rumah, contractor hanya ada CiDB pekerja sahaja ok ke?
Kad hijau CIDB adalah untuk pekerja. sekiranya berlaku apa2 kemalangan semasa menjalankan aktiviti pembinaan, anda akan dilindungi insurans. tapi kalau syarikat anda terlibat dengan kerja renovation, syarikat anda wajib daftar dengan CIDB sebagai kontraktor
dulu saya ada lad hijau ni semasa saya menuntut di ILP, Tapi setelah saya bekerja beberapa bulan kad saya telah hilang atas kecuaian saya sendiri.
kad itu hilang lama sudah.. dalam tahun 2007. Adakah boleh renew atau daftar yg baru.. sekian terima kasih.
Hi. Sekiranya anda adalah pemegang kad hijau yang lama, anda boleh perbaharui kad hijau anda dan anda akan terima kad hijau yang baru. Untuk bantuan, anda boleh hubungi kami pada talian 01116157102.