HOW TO RENEW CIDB CONTRACTOR’S LICENSE

HOW TO RENEW CIDB CONTRACTOR’S LICENSE

CIDB license or known as a contractor’s license is a declaration slip or certificate for someone who wants to carry out and complete construction works. The contractor must ensure that the CIDB license is active. If your contractor’s CIDB license has expired, you can refer to how to renew the CIDB license (contractor) as below:

HOW TO RENEW CIDB CONTRACTOR'S LICENSE

HOW TO RENEW CIDB CONTRACTOR’S LICENSE

Go to iBINA website and then click at “LESEN KONTRAKTOR CIDB”

how-to-renew-cidb-license

Step 2 : Type of Application

Click on the “Daftar Baru / Pembaharuan CIDB (Kontraktor Tempatan)

how-to-renew-cidb-license

Step 3 : Fill in the form

Next, you need to fill in all the details of company name, applicant name, phone number, email, type of application, gred and registration period. Please be make sure that all the details are correct.

how-to-renew-cidb-license

Step 4 : Submit application to apply CIDB license

After fill in all the details, click at the “I agree with the terms & conditions” before proceed to “Hantar Pemohonan”. iBINA team will contact you in 24 hours. You just need to prepare some documents that requested by our team and your application will be process.

how-to-renew-cidb-license

Conclusion

Easy right? Just with 3 steps you now can apply for CIDB license. iBINA team will guide you and you will received your CIDB license through your registered email in 5-7 days of working days depend on CIDB. Get the special price now by submitting your details through application form or just click Whatsapp button below

Whatsapp Kami Sekarang
KONTRAKTOR ASING

KONTRAKTOR ASING

Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi pendaftaran kontraktor asing bagi menambahbaik proses pendaftaran kontraktor yang sah di Malaysia. 

kontraktor-asing

Oleh itu, mana-mana kontraktor asing yang sedang menjalankan  atau menyiapkan, mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagai kontraktor di Malaysia perlulah mendapatkan perakuan pendaftaran yang sah dengan CIDB terlebih dahulu. 

Pendaftaran kontraktor sekarang agak berbeza berbanding sebelum ini. Syarat pendaftaran agak mudah berbanding sebelum ini. Sekiranya kontraktor ingin mendapatkan PPKA, kontraktor tersebut boleh sahaja memohon sahaja dahulu tanpa perlu melampirkan dokumen penganugerahan projek. Berbanding dengan sebelum ini, sekiranya kontraktor ingin mendaftar, kontraktor perlu mendapatkan penganugerahan projek terlebih dahulu. 

Syarat utama bagi memohon lesen kontraktor adalah, syarikat perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran terbuka kepada pemohon yang mempunyai syarikat sahaja. Sekiranya anda belum mempunyai syarikat, anda perlulah syarikat anda berdaftar dengan SSM terlebih dahulu.

Syarikat yang mempunyai pegangan ekuiti asing lebih tiga puluh peratus (30%) dan ke atas wajib memohon sebagai kontraktor asing.

Selain itu, syarikat yang ingin mendaftar perlulah mempunyai modal yang cukup berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan kontraktor asing?
Whatsapp kami sekarang 011-16157102

KENAPA PERLU DAFTAR CIDB?

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU- Bagi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan, syarikat tersebut perlu berdaftar dengan CIDB terlebih dahulu. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB iaitu, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).  Setiap permohonan perlu lampirkan dokumen yang diperlukan.

Namun, ada juga sesetengah syarikat yang berani membuat keputusan untuk memalsukan dokumen bagi pendaftaran kontraktor CIDB.

Kesalahan kontraktor yang mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa membuat permohonan akan dikenakan tindakan tegas oleh CIDB.

KESAN KEMUKAKAN MAKLUMAT PALSU

Adakah anda tahu kesan keatas syarikat sekiranya kemukan dokumen palsu?

Antara kesannya adalah lesen kontraktor syarikat akan dibatalkan dan digantung serta merta.

CIDB turut mengeluarkan amaran kepada kontraktor untuk tidak melakukan kesalahan yang ini. Sekiranya syarikat membuat perbuatan tersebut syarikat telah melanggar Akta 520 dan peraturan-peraturan di bawahnya semasa akan datang. Kesalahan ini membabitkan Seksyen 34B (1) (a). Iaitu kegagalan kontraktor memberitahu dan mengemukakan maklumat serta dokumen berhubung kerja pembinaan sama ada baru atau sebaliknya.

CIDB juga memberi amaran keras kepada mana-mana kontraktor dan personel binaan yang nekad mengemukakan dokumen dan maklumat palsu semasa berurusan akan diambil tindakan tegas. CIDB tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana pemalsuan dokumen dan penipuan kerana Tindakan sedemikian jelas merupakan tindakan jenayah.

RUMUSAN

Kesimpulan, CIDB mengingatkan kontraktor dan personel binaan untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikemukakan kerana CIDB sentiasa menjalankan audit dari masa ke semasa. Pastikan anda tidak mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan. Hal ini kerana, sekiranya CIDB mengenalpasti tindakan tersebut, ia akan memberikan kesan yang besar kepada syarikat anda.

Anda berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan lesen kontraktor CIDB? Hubungi kami sekarang di 011-1615 7102

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD

Tahukah anda? CCD telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan telah diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008. Setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran CIDB.

APA ITU MATA CCD

CCD atau Contractor Continuous Development

Merupakan satu program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan.

Mata CCD diperolehi untuk kontraktor untuk memperbaharui pandaftaran kontraktor. Berikut dilampirkan jadual jumlah mata CCD yang diperlukan mengikut gred berdasarkan tempoh pembaharuan:

apa-itu-mata-ccd

Terdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CIDB, iaitu:

  • Menghadiri program yang melibatkan peningkatan ilmu, forum, seminar dan kursus.
  • Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan.
  • Sumbangan dalam program ilmu sebagai penceramah, ahli panel, dan yang berkaitan.
  • Sumbangan sosial dan sivik.

OBJEKTIF CCD 

  • Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
  •  Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan
  • Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
  • Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti pembinaan
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan

RUMUSAN

Seperti yang anda faham, tempoh pembaharuan adalah bergantung pada mata ccd. Jadi anda perlu mengumpul mata ccd terlebih dahulu sebelum anda membuat pembaharuan lesen.

Untuk mendapatkan mata CCD, anda boleh masuk kursus CCD. Berminat nak daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau Anda boleh whatsapp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!

INTEGRITI & PENGURUSAN BISNES

INTEGRITI & PENGURUSAN BISNES

integriti-pengurusan-bisnes

Tahukah anda?


Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes (SKP)  telah dilancarkan CIDB pada tahun 2008 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor dan Pengurusan Bisnes dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan atau sebelum pembaharuan kali pertama dibuat.

APA ITU KURSUS INTEGRITI DAN PENGURUSAN BISNES

Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor

Tujuan utama CIDB memperkenalkan kursus ini adalah kerana ingin menerapkan nilai integriti pada setiap kontraktor dalam setiap aspek. Iaitu yang berkaitan dengan keselamatan, kualiti dan profesionalisme. Ini kerana CIDB ingin memberikan kesedaran kepada semua kontraktor agar sentiasa membudayakan amalan integriti dan etika. Amalan ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada syarikat, malah kepada masyarakat juga.

Pengurusan Bisnes

Bermula pada Oktober 2015, selaras dengan Panduan Am Permohonan Baru Perakuan Pendaftaran Kontraktor, semua kontraktor yang tidak mempunyai sijil teknikal perlulah memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan.Oleh itu, kontraktor berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus kursus tersebut. Manakala, kontraktor yang sudah mempunyai sijil teknikal tidak diwajibkan untuk menghadiri kursus pengurusan bisnes.

SIAPA YANG PERLU MENGHADIRI KURSUS

Kontraktor baru yang berdaftar dengan CIDB wajib menghadiri serta lulus Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor dan Pengurusan Bisnes dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan. Individu yang boleh menghadiri kursus tersebut adalah pemilik atau pengarah syarikat sahaja. Kontraktor tidak boleh menghantar wakil iaitu staff untuk menghadiri kursus-kursus ini.

Apabila pemilik atau pengarah syarikat mendaftar kursus, kontraktor akan mendapat dua (2) sijil yang dikeluarkan oleh CIDB. Sijil pertama ialah sijil kehadiran iaitu sekiranya kontraktor berjaya melengkapkan pembelajaran modul yang diberikan. Sijil kedua ialah sijil pencapaian. Kedua, adalah sijil pencapaian. Sijil ini akan dikeluarkan oleh CIDB sekiranya kontraktor telah lulus peperiksaan yang dijalankan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kursus Integriti dan Pengurusan Bisnes (SKP) wajib dihadiri oleh salah satu pemilik atau pengarah syarikat sebelum membuat pembaharuan kali pertama. Kegagalan melampirkan sijil kursus tersebut akan menyebabkan permohonan pembaharuan lesen kontraktor syarikat anda ditolak.

Nak tahu lebih details berkenaan kursus diatas? Hubungi kami sekarang untuk maklumat lebih lanjut

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Seperti yang anda ketahui, setiap kontarktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan pembinaan termasuklah mekanikal,awam, fasiliti, elektrikal, etc. WAJIB berdaftar dengan CIDB. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB. Iaitu Perakuan Pendaftaran (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan SIjil Taraf Bumiputera (STB). Selain itu, untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK, syarikat perlu mempunyai Sijil MCORE atau sijil SCORE. Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

  • PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

siapa-perlu-mohon-cidb-PPK

Secara undang-undang, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia berkaitan pembinaan termasuklah dalam bidang mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal dan lain-lain WAJIB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Apabila syarikat kontraktor telah berdaftar dengan CIDB, syarikat kontraktor tersebut akan mempunyai sijil perakuan daripada CIDB yang sah.

Kelayakan minima untuk memohon Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau PPK adalah perlu mempunyai syarikat atau perniagaan atau persatuan yang berdaftar terlebih dahulu. Syarikat juga perlulah mempunyai modal yang mencukupi berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh CIDB. Manakala, bagi syarikat yang ingin mendaftar bagi Gred 4 dan keatas, syarikat perlulah malampirkan sijil teknikal atau sijil akademik dalam bidang berkaitan.

  • SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)

CIDB-contractor-license-spkk

Bagi permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK pula, dibuka kepada mana-mana kontraktor yang ingin menyertai apa-apa sebut harga atau tender yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan. Pemohon perlu memastikan syarikat telah memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK.

Bagi syarikat yang ingin memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) haruslah mempunyai sijil akademik pembinaan samaada pekerja atau pemilik syarikat yang ditetapkan di setiap gred. Kontraktor yang memohon SPKK ini juga haruslah memiliki sijil SCORE bagi gred 2 hingga Gred 7 sahaja.

  • SCORE/ MCORE

siapa-perlu-mohon-cidb-score

Bagi kontraktor yang ingin memohon SPKK bagi perlulah mempunyai sijil SCORE / MCORE.

  • SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

CIDB-CONTRACTOR-LICENSE-STB

Permohonan Sijil Taraf Bumiputera atau STB dikhaskan kepada pemohon bumiputera. Syarikat yang ingin memohon perlulah mempunyai pegangan & bilangan saham, pengurusan dan pekerja bumiputera melebihi 51%.

RUMUSAN

Jadi, anda dah faham anda perlu daftar CIDB atau tak? Anda berminat nakk daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau? Anda boleh whatsapp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!