SIAPA LAYAK UNTUK MENDAFTAR KAD CIDB

SIAPA LAYAK UNTUK MENDAFTAR KAD CIDB

SIAPA LAYAK UNTUK MENDAFTAR KAD CIDB

Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Siapa yang perlu mendaftar untuk mendapatkan kad hijau?

Kad hijau perlu didaftarkan kepada mana-mana individu yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Berapakah maksimum umur bagi personel binaan untuk mendaftar?

Personel binaan akan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB. 

Berapakah umur membolehkan personel mendaftar?

  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas
  • Had umur pendaftaran bagi personnel binaan di Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas

Apakah syarat yang perlu di patuhi selain yang di atas?

  • Memiliki dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Passport dan Permit Kerja)
  • Melaksanakan kerja-kerja pembinaan
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB

Terma Pendaftaran

1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB. Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.

2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.

3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.

4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

Tempoh Pendaftaran

1. Kad Pengenalan Malaysia:
a)  Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
b)  Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.

2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.

3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.

UNTUK BANTUAN

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan

JENIS-JENIS JOB CATEGORY

JENIS-JENIS JOB CATEGORY

Bagaimana untuk kemaskini tred pekerjaan di dalam sistem? Berapakah jenis job category yang ada? Bolehkah saya kemaskini tred pekerjaan saya dari pelatih binaan kepada pekerja binaan am?. Berikut merupakan persoalan-persoalan yang sering di tanya oleh personel-personel binaan kepada kami di ibina.com.my.

Terdapat 7 jenis jenis job category yang boleh di kemaskini ke dalam sistem. Antaranya termasuklah pelatih binaan sama ada dari pusat pengajian atau industri pembinaan. Kedua adalah pekerja binaan am di mana bagi job category ini bagi personel yang tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran atau akademik. Kemudian, bagi personel pentadbiran pula adalah untuk individu yang mempunyai sijil akademik.

Selain itu,

bagi pekerja binaan mahir dan pekerja binaan separa mahir  pula akan di nilai berdasarkan sijil kemahiran yang ada. Untuk makluman bagi pekerjaan binaan mahir, tred kemahiran merupakan tred yang tidak tersenarai di Jadual Ketiga, AKTA 520 manakala pekerja binaan mahir merupakan tred kemahiran yang tersenarai di  Jadual Ketiga, AKTA 520. Berikut merupakan antara senarai Jadual Ketiga antaranya jurubagas dan jurucat, pakar penyaman udara dan pengudaraan mekanikal, pemasang dinding, pemasang siling, jurugegas petrokimia dan banyak lagi. Jumlah tred kemahiran yang tersenarai merupakan 25 jenis. Untuk semakan lanjut boleh klik di link berikut untuk semakan JADUAL KETIGA, AKTA 520

Seterusnya,

untuk Penyelia Tapak perlu mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Site Supervisor bagi membolehkan individu mendapat tred sebagai penyelia tapak binaan. Akhir sekali adalah pengurus projek binaan. Bagi individu yang ini mengemaskini kepada pengurus projek binaan mestilah mempunyai sijil kecekapan kemahiran pembinaan (SKKP) Construction Project Manager untuk membolehkan tred yang diingini.

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011 1610 7119 – Kad Personel Binaan

Nota: Kategori pekerjaan diberikan berdasarkan kelayakan akademik dan kemahiran yang tertinggi

CIDB PEKERJA ASING

CIDB PEKERJA ASING

CIDB PEKERJA ASING

 

cidb pekerja asing

Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan, malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.

PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING

Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing, dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.

  • Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
  • Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
  • Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.

Alamat penghantaran

Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.

UNTUK BANTUAN

Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.

Status kad hijau

Status kad hijau

Status kad hijau ?

Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.

Belum ada kad hijau ?

Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan dan anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.

Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

status kad hijau

Langkah semak kad hijau ;

  1. Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
  2. Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
  3. Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.

Kesimpulannya ;

  • Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB, personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
  • Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?

KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?

KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?

Kad hijau CIDB tamat tempoh? Masih belum ada kad hijau? Ingin membuat pembaharuan tapi secara online sahaja? Bagaimana mahu mengemaskini tred pekerjaan? Saya graduan lepasan SPM/diploma/ijazah bagaimana saya ingin masukkan sijil saya ke dalam sistem? Bagaimana pembaharuan bagi pekerja asing? Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang kebiasaannya kami terima. Jadi bagaimana ingin menyelesaikan persoalan tersebut? Jangan risau, iBINA sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas.

Kenapa anda perlu memilih kami?

Kami merupakan penyedia perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan kad hijau CIDB untuk pekerja tempatan dan juga pekerja asing. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak lagi perlu ke kaunter CIDB untuk membuat pendaftaran mahupun pembaharuan. Kad anda juga akan terus diposkan ke alamat penghantaran yang diisi di dalam borang permohonan kami di ibina.com.my. Mudah kan?

  • Tak perlu lagi anda beratur di kaunter untuk mendapatkan kad hijau CIDB. Segala proses ini hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja di mana secara tidak langsung menjimatkan masa, wang dan tenaga anda. Harga yang kami tawarkan juga sangat berpatutan bersesuaian dengan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda.
  • iBina mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang kad hijau. Terdapat ramai personel binaan telah berurusan dengan kami dari seluruh Malaysia dan maklum balas dari pihak mereka amat memberangsangkan dan sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan yang kami sediakan. Kami faham masih ramai yang tidak tahu fungsi dan kebaikan yang ada jika mempunyai kad hijau.

iBina sedia membantu anda dalam menguruskan proses pendaftaran dan pembaharuan untuk mendapatkan kad hijau. Jika anda berminat untuk memohon kad hijau dengan kami, Anda boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.

Sekian, Terima Kasih

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online.

Kad Hijau CIDB

Pengenalan

Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara daftar cidb kad hijau  dengan iBINA.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari iBINA

Layari laman web kami iBINA dan di laman utama akan memaparkan tiga pilihan utama iaitu Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB, Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB dan Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB.

daftar kad hijau CIDB

Langkah 2 : Isi maklumat di borang permohonan

Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan berserta dengan dokumen sokongan seperti salinan kad NIOSH anda. Sekiranya anda tiada sijil SICP seperti yang dinyatakan di borang permohonan, anda boleh memuat naik salinan IC sahaja. Perlu diingatkan bahawa permohonan permohonan daftar kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

apply kad hijau cidb

borang permohonan kad hijau cidb

Langkah 3 : Buat bayaran daftar kad hijau CIDB

Setelah anda mengisi maklumat peribadi anda, sila klik pada butang “Buat Bayaran Pendaftaran RM200”. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian

bayaran cidb

Langkah 4 : Terima pas sementara

Anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam melalui emel untuk melayakkan anda memasuki tapak binaan sementara menunggu kad hijau CIDB anda dipos. Berikut adalah contoh pas sementara yang anda akan terima sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh CIDB Hq.

Pas sementara

Langkah 5 : Terima kad hijau CIDB anda

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap didaftar akan di pos pada alamat penghantaran anda dalam masa 14-21 hari bekerja. Sekiranya permohonan daftar kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Kad Hijau CIDB

Rumusan

Kesimpulannya, hanya dengan 5 langkah, anda boleh dapatkan kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat. Layari iBINA sekarang dan isi borang permohonan. Tonton video ini untuk lebih jelas. Urusan pantas dan cepat hanya di iBINA.

Terima kasih.