by Administrator | Mar 14, 2023 | Artikel
CIDB PEKERJA ASING

Kad hijau CIDB PEKERJA ASING merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.
Jika anda masih belum mempunyai kad hijau, anda boleh mendaftar untuk kad baharu di laman web iBINA. Anda juga boleh memperbaharui kad hijau anda di laman web untuk membolehkan anda untuk bekerja di tapak pembinaan dan juga layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB. SPendaftaran dan pembaharuan bukan sahaja boleh dilakukan bagi pekerja tempatan, malah pekerja asing juga boleh mendapatkan kad hijau CIDB dengan memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan.
PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB PEKERJA ASING
Bagi pendaftaran dan pembaharuan untuk pekerja asing, dokumen yang perlu disertakan adalah passport, permit kerja yang aktif serta syarikat yang berdaftar di bawah CIDB. Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan adalah sama iaitu RM360. Untuk tempoh sah laku kad hijau pula akan bergantung pada tempoh sah aktif permit kerja.
- Langkah yang pertama adalah klik pada bahagian Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB dan klik pada bahagian Pekerja Asing.
- Bagi pendaftaran baharu, pengguna boleh klik pada bahagian pembaharuan kerana bayaran yang dikenakan adalah sama untuk pekerja asing.
- Kemudian pemohon boleh masukkan maklumat diri beserta nombor passport dan di lampirkan bersama salinan passport dan permit kerja yang aktif untuk membolehkan proses permohonan kad hijau dilakukan.
- Permohonan hanya boleh dilakukan apabila dokumen yang di lampirkan lengkap dan tarikh luput permit serta passport aktif.
Alamat penghantaran
Bagi alamat penghantaran kad hijau untuk pekerja asing, kad akan di hantar ke alamat permit kerja yang didaftarkan pada permit. Proses akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja dan selepas diluluskan pihak IBINA akan emailkan pas sementara kepada pemohon di email. Pas sementara boleh di gunakan sementara menunggu kad hijau sampai ke alamat penghantaran kerana fungsinya sama seperti kad hijau. So, Pas sementara boleh digunakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendapat pas sementara.
UNTUK BANTUAN
Anda juga boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.
by Administrator | Mar 7, 2023 | Artikel
Status kad hijau ?
Semak status kad hijau adalah kebiasaannya semakan dibuat di laman cidb . Persoalan yang sering mengganggu personel binaan adalah status Kad Hijau bagi melayakkan mereka untuk memasuki tapak pembinaan adakah masih mahupun tidak. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status Kad Hijau untuk memudahkan urusan personel binaan membuat semakan status kad mereka.
Belum ada kad hijau ?
Sekiranya anda belum mempunyai Kad Hijau, anda boleh membuat Pendaftaran Baru Kad Hijau di laman web iBINA. Pembaharuan juga boleh dilakukan secara terus di laman web untuk melancarkan pekerjaan anda untuk memasuki tapak pembinaan dan anda juga layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personal Binaan Berkelompok CIDB apabila mempunyai Kad Hijau.
Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW) di pusat latihan.

Langkah semak kad hijau ;
- Layari laman web CIMS CIDB dan di laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan.
- Klik pada “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau.
- Anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.
Kesimpulannya ;
- Dengan semakan secara terus di laman web CIMS CIDB, personel Binaan tidak perlu risau jika terlepas tarikh tamat tempoh Kad Hijau kerana mereka boleh mengakses carian semakan status dengan mudah dan cepat. Pembaharuan Kad Hijau pula boleh mula dilakukan tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh kad hijau.
- Individu yang terlibat dengan kerja-kerja binaan perlu memastikan Kad Hijau CIDB (green card) anda masih aktif. Sekiranya kad hijau cidb anda telah tamat tempoh, pihak iBINA boleh bantu anda untuk renew kad hijau CIDB. Hanya dengan mengisi borang permohonan, permohonan anda akan diproses oleh pihak iBINA.
by Administrator | Feb 2, 2023 | Artikel
KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?

Kad hijau CIDB tamat tempoh? Masih belum ada kad hijau? Ingin membuat pembaharuan tapi secara online sahaja? Bagaimana mahu mengemaskini tred pekerjaan? Saya graduan lepasan SPM/diploma/ijazah bagaimana saya ingin masukkan sijil saya ke dalam sistem? Bagaimana pembaharuan bagi pekerja asing? Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang kebiasaannya kami terima. Jadi bagaimana ingin menyelesaikan persoalan tersebut? Jangan risau, iBINA sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas.
Kenapa anda perlu memilih kami?
Kami merupakan penyedia perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan kad hijau CIDB untuk pekerja tempatan dan juga pekerja asing. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak lagi perlu ke kaunter CIDB untuk membuat pendaftaran mahupun pembaharuan. Kad anda juga akan terus diposkan ke alamat penghantaran yang diisi di dalam borang permohonan kami di ibina.com.my. Mudah kan?
- Tak perlu lagi anda beratur di kaunter untuk mendapatkan kad hijau CIDB. Segala proses ini hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja di mana secara tidak langsung menjimatkan masa, wang dan tenaga anda. Harga yang kami tawarkan juga sangat berpatutan bersesuaian dengan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda.
- iBina mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang kad hijau. Terdapat ramai personel binaan telah berurusan dengan kami dari seluruh Malaysia dan maklum balas dari pihak mereka amat memberangsangkan dan sangat berpuas hati dengan servis perkhidmatan yang kami sediakan. Kami faham masih ramai yang tidak tahu fungsi dan kebaikan yang ada jika mempunyai kad hijau.
iBina sedia membantu anda dalam menguruskan proses pendaftaran dan pembaharuan untuk mendapatkan kad hijau. Jika anda berminat untuk memohon kad hijau dengan kami, Anda boleh menghubungi kami di talian 011-16107119 atau emailkan ke bantuan@ibina.com.my untuk sebarang pertanyaan. Kami di iBINA sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kad hijau.
Sekian, Terima Kasih
by Administrator | Dec 16, 2022 | Artikel
Anda dah tahu kan kenapa perlu mendaftar sebagai kontraktor CIDB yang sah? Perlu ke anda dapatkan lesen kewangan MOF untuk syarikat anda juga? Anda nak tahu kenapa perlu daftar MOF? Jom kami terangkan pada anda!
KENAPA PERLU DAFTAR MOF

-
MENYERTAI SEBUT HARGA ATAU TENDER KERAJAAN
Sekiranya syarikat anda ingin menyertai mana-mana tender atau sebut harga yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan Malaysia, syarikat anda perlulah mendaftar sebagai pembekal yang sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sekiranya anda memiliki lesen MOF, anda dikira telah sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan boleh menyertai mana-mana tender atau sebutharga yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan Malaysia. Jika syarikat anda tidak memiliki lesen MOF, pihak jabatan kerajaan tidak dapat membuat pembayaran ke atas barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Tahukah anda, sekiranya syarikat anda memiliki lesen MOF, syarikat anda akan lebih dipercayai oleh umum. Ini kerana segala data atau maklumat syarikat anda telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu, syarikat anda akan lebih dipercayai. Pengguna daripada mana-mana jabatan kerjaan dapat menyemak terlebih dahulu maklumat syarikat anda sebelum berurusan. Ini akan lebih meyakinkan pihak jabatan kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan daripada syarikat anda.
-
BERURUSNIAGA DENGAN JABATAN KERAJAAN
Setiap syarikat yang memiliki lesen MOF, akan melantik personel yang akan menguruskan sebarang urusan pendaftaran dan perolehan yang berkaitan MOF. Pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan satu sistem bagi pembekal iaitu sistem eperolehan. Dengan adanya sistem ini, pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dapat berurusniaga berkenaan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sistem ini akan diuruskan oleh personel yang telah dipertanggungjawabkan oleh syarikat pembekal.
RUMUSAN
Kesimpulannya, banyak lagi kelebihan yang syarikat anda akan peroleh sekiranya mempunyai lesen kewangan MOF.
Anda nak dapatkan khidmat nasihat untuk daftar sebagai pembekal MOF yang sah? Whatsapp kami sekarang untuk maklumat lanjut!
by Administrator | Nov 15, 2022 | Artikel
Seperti yang anda ketahui, setiap kontarktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan pembinaan termasuklah mekanikal,awam, fasiliti, elektrikal, etc. WAJIB berdaftar dengan CIDB. Terdapat tiga jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB. Iaitu Perakuan Pendaftaran (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan SIjil Taraf Bumiputera (STB). Selain itu, untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK, syarikat perlu mempunyai Sijil MCORE atau sijil SCORE. Anda nak tahu siapa yang perlu mohon setiap sijil yang dikeluarkan oleh CIDB? Jom, kami terangkan pada anda!
SIAPA PERLU MOHON CIDB ?
- PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)

Secara undang-undang, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia berkaitan pembinaan termasuklah dalam bidang mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal dan lain-lain WAJIB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB. Apabila syarikat kontraktor telah berdaftar dengan CIDB, syarikat kontraktor tersebut akan mempunyai sijil perakuan daripada CIDB yang sah.
Kelayakan minima untuk memohon Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau PPK adalah perlu mempunyai syarikat atau perniagaan atau persatuan yang berdaftar terlebih dahulu. Syarikat juga perlulah mempunyai modal yang mencukupi berdasarkan modal yang telah ditetapkan oleh CIDB. Manakala, bagi syarikat yang ingin mendaftar bagi Gred 4 dan keatas, syarikat perlulah malampirkan sijil teknikal atau sijil akademik dalam bidang berkaitan.
- SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)

Bagi permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK pula, dibuka kepada mana-mana kontraktor yang ingin menyertai apa-apa sebut harga atau tender yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Pemegang SPKK layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan. Pemohon perlu memastikan syarikat telah memiliki PPK bagi melayakkan syarikat memohon SPKK.
Bagi syarikat yang ingin memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) haruslah mempunyai sijil akademik pembinaan samaada pekerja atau pemilik syarikat yang ditetapkan di setiap gred. Kontraktor yang memohon SPKK ini juga haruslah memiliki sijil SCORE bagi gred 2 hingga Gred 7 sahaja.

Bagi kontraktor yang ingin memohon SPKK bagi perlulah mempunyai sijil SCORE / MCORE.
- SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

Permohonan Sijil Taraf Bumiputera atau STB dikhaskan kepada pemohon bumiputera. Syarikat yang ingin memohon perlulah mempunyai pegangan & bilangan saham, pengurusan dan pekerja bumiputera melebihi 51%.
RUMUSAN
Jadi, anda dah faham anda perlu daftar CIDB atau tak? Anda berminat nakk daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau? Anda boleh whatsapp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!
by Administrator | Nov 15, 2022 | Artikel
Seperti yang anda ketahui, sekiranya syarikat anda melakukan apa-apa kerja berkaitan pembinaan, pengubahsuaian atau penyenggaraan perlulah berdaftar sebagai kontraktor CIDB. Anda nak tahu apa fungsi kontraktor? Jom, iBINA terangkan pada anda dengan lebih lanjut apa fungsi kontraktor.
APA FUNGSI KONTRAKTOR ?

Sebuah projek bangunan biasanya dijalankan oleh syarikat yang akan bertanggungjawab penuh ke pemilik projek dan syarikat yang berdaftar dengan CIDB. Fungsi utama kontraktor adalah melaksanakan projek sesuai spesifikasi yang telah disepakati dalam kontrak.
Syarikat perlulah menyediakan tenaga kerja, bahan dan peralatan. Penyediaan ini haruslah berdasarkan spesifikasi yang telah ditentukan dan keselamatan setiap pihak.
Sekiranya berlaku sebarang masalah sepanjang kerja-kerja dilakukan, kontraktor perlulah bertanggungjawab. Masalah tersebut perlulah diselesaikan dengan cepat dan tidak merugikan pemilik projek. Selain itu, kontraktor juga harus mengawasi kegiatan berlangsung sesuai target yang sudah disepakati dalam kontrak dengan pemilik projek. Semua pekerja, bahan dan peralatan harus dijaga dengan baik sampai akhir masa projek.
RUMUSAN
Kesimpulannya, semua kontraktor yang melakukan kerja-kerja berkaitan permbinaan samaada penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, perombakan atau perobohan samaada dalam bidang mekanikal, elektrik, perpaipan, pembentungan dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan perlulah menggalas setiap tanggungjawab yang telah diserahkan dan bukannya sekadar memikirkan keuntungan sahaja.
Sekarang, anda dah tahu fungsi kontraktor kan? Perlu ke anda daftar sebagai kontraktor CIDB yang sah? Jom baca, KENAPA PERLU DAFTAR CIDB untuk syarikat anda
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pendaftaran sebagai kontraktor CIDB yang sah, anda juga boleh tekan link dibawah..
WHATSAPP IBINA
Recent Comments