CARA DAFTAR KAD HIJAU CIDB ONLINE
Disediakan oleh: Administrator

Kad Hijau CIDB

Pengenalan

Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara daftar cidb kad hijau  dengan iBINA.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari iBINA

Layari laman web kami iBINA dan di laman utama akan memaparkan tiga pilihan utama iaitu Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB, Pembaharuan Kad Hijau/Personel Binaan CIDB dan Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pendaftaran baru Kad Hijau CIDB.

daftar kad hijau CIDB

Langkah 2 : Isi maklumat di borang permohonan

Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan berserta dengan dokumen sokongan seperti salinan kad NIOSH anda. Sekiranya anda tiada sijil SICP seperti yang dinyatakan di borang permohonan, anda boleh memuat naik salinan IC sahaja. Perlu diingatkan bahawa permohonan permohonan daftar kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

apply kad hijau cidb

borang permohonan kad hijau cidb

Langkah 3 : Buat bayaran daftar kad hijau CIDB

Setelah anda mengisi maklumat peribadi anda, sila klik pada butang “Buat Bayaran Pendaftaran RM200”. Anda boleh membuat bayaran secara atas talian atau hubungi kami sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian

bayaran cidb

Langkah 4 : Terima pas sementara

Anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam melalui emel untuk melayakkan anda memasuki tapak binaan sementara menunggu kad hijau CIDB anda dipos. Berikut adalah contoh pas sementara yang anda akan terima sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh CIDB Hq.

Pas sementara

Langkah 5 : Terima kad hijau CIDB anda

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap didaftar akan di pos pada alamat penghantaran anda dalam masa 14-21 hari bekerja. Sekiranya permohonan daftar kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Kad Hijau CIDB

Rumusan

Kesimpulannya, hanya dengan 5 langkah, anda boleh dapatkan kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat. Layari iBINA sekarang dan isi borang permohonan. Urusan pantas dan cepat di iBINA

 

 

 

2 Comments

  1. Mohamad Sufian bin Mansor

    Hi.. pertanyaan. Sy pernah mengikuti kursus kad hijau dahulu. Sekitar tahun 2007 tak silap. Kad pon da tamat tempoh. Masih boleh renew ke? Atau tidak. Jika perlu buat semula permohonan baru, bagai mana? Perlukah mengikuti semula kursus kad hijau tu semula?

    Reply
    • Administrator

      Untuk bantuan, sila hubungi atau whatsapp kami pada talian 01116107119

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?