APA ITU MATA CCD
Disediakan oleh: Administrator

APA ITU MATA CCD

Tahukah anda? CCD telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan telah diumumkan kepada industri pembinaan semenjak tahun 2008. Setiap kontraktor perlu mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran CIDB.

APA ITU MATA CCD

CCD atau Contractor Continuous Development

Merupakan satu program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan.

Mata CCD diperolehi untuk kontraktor untuk memperbaharui pandaftaran kontraktor. Berikut dilampirkan jadual jumlah mata CCD yang diperlukan mengikut gred berdasarkan tempoh pembaharuan:

apa-itu-mata-ccd

Terdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CIDB, iaitu:

  • Menghadiri program yang melibatkan peningkatan ilmu, forum, seminar dan kursus.
  • Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan.
  • Sumbangan dalam program ilmu sebagai penceramah, ahli panel, dan yang berkaitan.
  • Sumbangan sosial dan sivik.

OBJEKTIF CCD 

  • Menggalakkan kontraktor meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya
  •  Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan
  • Meningkatkan interaksi dan networking sesama kontraktor melalui perkongsian maklumat dan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
  • Mempelbagaikan penglibatan kontraktor dalam aktiviti-aktiviti pembinaan
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan

RUMUSAN

Seperti yang anda faham, tempoh pembaharuan adalah bergantung pada mata ccd. Jadi anda perlu mengumpul mata ccd terlebih dahulu sebelum anda membuat pembaharuan lesen.

Untuk mendapatkan mata CCD, anda boleh masuk kursus CCD. Berminat nak daftar tapi tak tahu cara macam mana? Jangan risau Anda boleh whatsapp kami sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pendaftaran lesen kontraktor secara percuma!

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 66 = 68

Artikel Lain

KONTRAKTOR ASING

KONTRAKTOR ASING

Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi...

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

SIAPA PERLU MOHON CIDB ?

Seperti yang anda ketahui, setiap kontarktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan pembinaan...

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?

× Boleh kami bantu anda?