Apa Itu Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor?
Disediakan oleh: Administrator

Ingin memiliki lesen CIDB atau tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk daftar? Selain daripada renew CIDB green card (kad hijau), pihak iBINA juga ada menyediakan servis pendaftaran dan pembaharuan lesen CIDB. Tapi sebelum itu, jom kita kenali dengan lebih mendalam apa itu lesen CIDB.

APA ITU LESEN CIDB?

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor. Antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB

JENIS-JENIS SIJIL KONTRAKTOR CIDB 

1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) 

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK. Lesen CIDB Perakuan Pendaftaran Kontraktor

2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK) 

Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia. Samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun. Sijil lesen CIDB SPKK

3. Sijil Taraf Bumiputera (STB) 

Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan. Lesen CIDB STB RUMUSAN

Lesen cidb mempunyai 3 jenis sijil dan anda perlu mendaftarkan syarikat anda dengan CIDB sekiranya anda ingin menyertai projek-projek pembinaan. Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis sijil lesen cidb. Hanya dengan mengisi borang permohonan di laman web kami www.ibina.com.my dan pihak kami akan uruskan permohonan anda dalam masa 24jam sahaja

6 Comments

  1. primus kajuice

    bagaimana renew kad CIDB online

    Reply
    • Administrator

      Untuk renew kad CIDB, boleh whatsapp kami pada 01116107119. Pihak kami akan bantu tuan.

      Reply
  2. Zaharah Wan Puteh

    Cara mohon lesen kontraktor kelas g1

    Reply
    • Administrator

      boleh whatsapp atau hubungi kami pada 01116157102 puan.

      Reply
    • Mohd Faizal Elias

      Mcmana nak apply lesen CIDB nie yea.

      Reply
      • Administrator

        Hai, untuk mohon boleh whatsapp atau hubungi kami pada 01116157102.

        Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

88 − = 78

Artikel Lain

KONTRAKTOR ASING

KONTRAKTOR ASING

Tahukah anda? Bermula pada 1 Februari 2023, CIDB telah membuat penstrukturan semula bagi...

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD

APA ITU MATA CCD Tahukah anda? CCD telah dikuatkuasakan secara rasminya pada 1 Januari 2010 dan...

Nak kami uruskan lesen kontraktor & pembaharuan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) CIDB anda?

× Boleh kami bantu anda?