PORTAL RASMI iBINA MALAYSIA
One Stop Centre Untuk Pengurusan Kad Personel Binaan CIDB & Lesen Kontraktor CIDB Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Servis Kami
Perkhidmatan #1 Pengurusan Kad Personel Binaan & Lesen Kontraktor CIDB Di Malaysia
Kad Hijau / Kad Pintar Personel Binaan CIDB
Merupakan perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – Construction Industry Development Board (CIDB). Juga dikenali sebagai Kad Hijau CIDB. Setiap pekerja binaan (tempatan/asing) WAJIB memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.
Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi.
Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian. Kad Pintar CIDB hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang/rosak.


Pendaftaran Lesen Kontraktor Dengan CIDB
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 di bawah Seksyen 29.
Bagaimana iBINA Membantu Anda
Renew CIDB Online & Pendaftaran Kontraktor Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) diuruskan lebih cepat, mudah, lancar & tidak membebankan anda.
Proses Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB
LANGKAH #1 - ISI BORANG PERMOHONAN
Isi Borang permohonan pembaharuan Kad Personel CIDB (Kad Hijau CIDB) di laman web iBINA.
LANGKAH #2 - BUAT BAYARAN
Buat bayaran pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB (Kad Hijau CIDB) secara atas talian.
LANGKAH #3 - TERIMA PAS SEMENTARA CIDB
Selepas permohonan & bayaran disahkan, anda akan menerima Pas Sementara CIDB dalam tempoh 48 jam.
LANGKAH #4 - PROSES PEMBAHARUAN KAD
Proses pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB (Kad Hijau CIDB) akan mengambil masa selama 3 hari bekerja.
LANGKAH #5 - PENGHANTARAN KAD
Kad Personel Binaan CIDB (Kad Hijau CIDB) yang baharu akan dihantar kepada anda melalui khidmat kurier.
Soalan Lazim
Kami memahami setiap persoalan yang selalu ditanya oleh pelanggan.
Apakah Kad Personel Binaan CIDB?
Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.
Apakah Kad Pintar Personel Binaan CIDB?
Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar CIDB ini direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.
Bagaimana cara renew CIDB online Kad Hijau?
Pilih jenis pemegang kad, isi borang & buat bayaran pembaharuan kad secara online.
Berapa caj perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?
Sila rujuk Kadar Bayaran.
Berapa lama tempoh sah Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui?
1-5 tahun.
Bagaimana pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB diproses?
Selepas permohonan & bayaran diterima, ia akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemegang kad. Kemudian, Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui akan di pos kepada pemegang kad oleh CIDB.
Kenapa saya perlu dapatkan khidmat iBINA?
iBINA dapat membantu pekerja & majikan perbaharui Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.
Jika pembaharuan Kad Personel Binaan tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?
Ya, semua bayaran akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonan tidak berjaya kecuali caj proses sebanyak RM10 akan dikenakan.
Apa perbezaan CIDB Green Card & Kad Hijau CIDB?
CIDB Green Card & Kad Hijau CIDB adalah sama. Ianya adalah akuan sah bagi personal binaan untuk memasuki tapak binaan.
Kadar Bayaran
Pekerja Tempatan
Pembaharuan
Tempoh | Harga |
1 Tahun | RM85.00 |
2 Tahun | RM135.00 |
3 Tahun | RM185.00 |
4 Tahun | RM225.00 |
5 Tahun | RM260.00 |
*Bagi permohonan pendaftaran adalah RM200 bagi tempoh 1 tahun.
Pekerja Asing
Pembaharuan
Tempoh | Harga |
1 Tahun | RM360.00 |
2 Tahun | RM360.00 |
3 Tahun | RM360.00 |
4 Tahun | RM360.00 |
5 Tahun | RM360.00 |
*Tempoh pendaftaran dan pembaharuan adalah berdasarkan permit kerja.
Maklum Balas Pelanggan
Sebanyak 98% permohonan telah berjaya melalui iBINA.
Thanks iBINA team for helping our company. Will deal again for next renewal. Recommended service!
Saya dah lama cari servis renew cidb online yang serba mudah macam ni.. Kalau tahu awal, dah lama saya serahkan pada iBINA je. Syabas!
Terima kasih iBINA kerana memudahkan urusan saya untuk renew kad hijau secara online dan tak perlu lagi pergi ke kaunter.
Hubungi Kami
Dapatkan maklumat lebih jelas tentang permohonan anda dengan menghubungi kami. Ianya sangat mudah!
CM MANAGEMENT & CONSULTANCY (002981896-H)
Terengganu Digital Hub TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
9.00am – 5.00pm (Isnin – Jumaat)
bantuan@ibina.com.my
011 1610 7119 – Kad Personel Binaan
011 1615 7102 – Lesen Kontraktor